Thursday, April 28, 2011

"Chocolate oh coklat"

ari ni tjuk aku pasal coklat..hehehe...bukan budak2 je yg suka makan coklat tau org tua opppssss!!!! org tua hehehe org muda n remaja  pun suka mkn coklat cam aku ni...hehehe...aku nak cite ckit pasal khasiat coklat tuk kita...ada byk kahsiat tau meh2 saya cite ckit....


Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan
aku pun xtau sgt..hehe..tp 2 yg nak kongsi ni hehe...jom2 tgk ag pe kebaikan ye...



Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


okkkk...ha salah satu coklat leh mengurangkan risiko sakit jntung tau.....kan dah cakap coklat bagus.. aku suka makan coklat cadbury...best 2....heheheh.....kalu ada org adiahkan lg la best..hehee....jgn kate ngn mkn coklat kita leh jd gemuk k...hehehe..k la smpai cni je la kongsi nnati kongsi ag....



Saturday, April 23, 2011

"gajet kesayanganku"

ptg2 cm ni aku cm ni boring nak study dah petang kut...hehehe...xsmpai 1 mggu ag aku nak final exam...huhuhu...dah la paper direct kut...3 ari berturut2 2 paper..apa2 pun do the best wani...cayok2...opppsss!!! dah lari dari tajuk atas 2..hehe..aku nak cite la cikit pasal aku ye gajet kesayangan aku...kauorng pun msti ada gak gajet kesayangan masing2 kan....first gajet aku of course la my HP yang xseberapa nak canggih ni..heheh

ni la HP aku nokia 3210 classic
Xde Hp ni xth la cma mane kan nak contact org..heheh..xcnggih pun tp buleh la nak ambik gmbar..hhe
gmbar dia clear cma 5.0 MP..hhehetp ni 2.0 MP je...tp puah ati la....gajet ke 2 aku adalah my laptop....



ni la laptop aku compaq CQ40...mane x syg ye beli guna duit sendiri kut...hehe
org nak sponsor alamat ye xdpt la..hhehe...xde ni xdpt la nk on 9 nak buat keje n seangkatan denganye..hehe..and the last gajet aku adalh my watch...xde la gmbar jam aku coz xmahal kan..hehehe...dah xde kut gajet aku....smpai cni je la kut....


Saturday, April 9, 2011

"Apa wanita inginkan"

setiap wanita megimpikan sesuatu yg istimewa dalam hidup ye....jom tgk apa yg wanita inginkan..simple dan ringkas.....

Future husband


normal small ring

small wedding party


honeymoon


small house to our family



lovely children



husband is family man



small car



some collection

a bit cosmetics


 dinner




present occasionally




itu sahaja yang diinginkan wanita...hehehehe



Botol BPA

Sejak Kementerian Kesihatan mencetuskan isu pengharaman botol susu bayi yang mengandungi BPA, masyarakat mula panik dan menjadi kelam-kabut seketika, terutamanya ibu bapa yang bergantung kepada penggunaan botol susu kepada anak mereka. Selepas pengumuman itu dibuat, bahagian botol bayi di pasar raya-pasar raya mula menjadi perhatian mereka. Masing-masing risau dan mula mencari jenis botol yang dimaksudkan, mahupun alternatif kepada botol BPA.
Menegaskan lagi keprihatinan kerajaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:
“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.”
Ramai orang mula mempersoalkan, mengapa mesti dilaksanakan pada 2012? Mengapa tidak dilaksanakan terus secara serius. Sekiranya benar ‘Kementerian tidak akan berkompromi…’ mengapa perkara penting begini masih perlu ditangguh? Kata beliau lagi:
“Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.”
Ramai pihak menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji semula tempoh penangguhan itu, termasuk Pengarang Berita Harian.
“Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa. Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri. Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius.”
Sebagai orang biasa, yang ‘tidak mempunyai kuasa’, apa pula tindakan kita? Adakah terus pasrah dengan botol yang ada, kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet bulanan yang sentiasa mendesak? Bagaimana pula dengan soal risiko kesihatan anak, waris generasi kita pada masa hadapan? Bukankah kita mempunyai ‘kuasa pembeli’?
Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.
Botol susu yang mengandungi BPA:
1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam ‘wagon’
5. Tiada label ‘BPA FREE’ pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat ‘nombor 7′ dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.
Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:
Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas ‘bahan makanan’ manusia.
Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan ‘BPA Free’, tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.
Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan ’sarang’ telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!
Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan ‘pakai buang’. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.
Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai ‘Plastik Beracun’ kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.
Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.
Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:
1. Terdapat label pembungkusan ‘BPA Free’
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free
Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. Boleh baca di sini.
Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.
Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)



Tahukah anda apa maksud lambang segitiga di bawah botol plastik? Ramai yang beranggapan lambang segitiga di bawah botol plastik bermaksud recycle. Sebenarnya anda salah. Lambang segitiga di bawah botol plastik tidak membawa maksud recycle semata-mata kerana ada nombor di dalamnya. Nombor di dalam segitiga itu yang membawa maksud yang boleh membawa maut kepada anda.

Pasti anda pernah ternampak gambar segitiga di atas pada botol plastik yang anda guna. Pernah tak anda minum air di dalam botol plastik dan anda rasa air itu seperti plastik?! Sebenarnya anda memang sedang meminum plastik!! Bahan kimia yang terdapat botol tersebut boleh terhakis dan melarut di dalam air jika di gunakan banyak kali. Dan botol bertanda 3, 6 dan 7 adalah paling berbahaya!! Jangan gunakan botol bernombor ini lebih dari sekali jika anda ingin hidup lama!
Bahan yang di gunakan membuat botol mengikut nombor.




Selamat membaca......




Thursday, April 7, 2011

"untuk tatapan para suami"

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....


Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI


Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Sunday, April 3, 2011

sejarah APRIL FOOL





bulan APRIL adalah bulan kelahiran aku kedunia ni.....dan bulan itu jagk aku dapat
melihat dunia yag sementara ni...SYUKUR diberi pelung untuk hidup di dunia ciptaan ALLAH ini...
ingin aku berkongsi serba sedikit tentang sejarah pada bulan APRIL ni...dulu mase muda muda dulu opssss!!!
sekarang dah tua ke..hehehe...kebanyakan kwn aku suka msuk je 1 APRIL msti nak kenakan 
org cam xde keje je diaorg ni....ada 1 SEJARAH tntng bulan APRIL ni 
iaitu bulan APRIL FOOL yamg disambut oleh org kristian.

disini ingin aku menulis serba sedikit tentang APRIL FOOL.
perayaan 'APRIL FOOL DAY' ini adalah mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan islam di sepanyol
setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, SEpanyol kerajaan islam akhir nya runtuh diserang tentera2 KRISTIAN. penduduk2 ISLAM di sepanyol terpaksa berlindung dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri, tentera kristian bgaimanapun tidak berpuas ati dan berusha 
untuk menghapuskan org2 islam di sepanyol.

penduduk2 muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari sepanyol
dengan selamat bersama2 barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh dipelabuhan.org2 muslim risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan, telah pergi
kepelabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan. setelah nerpuas
ati mereka membuat persiapan untuk bertolak.
keesokan harinya (1 APRIL), merekaambil semua brg ynag telah ciap menuju ke pelabuhan.
pada masa ini lah pihak kristian mengmbil kesempatan menggeledah dan menbakar umah penduduk islam ini
mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semua nya terbakar.
pihak kristian seterus nya meyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya
lelaki,perempuan anak2 kecil.peristiwa berdarah yang menyedihkan ini 
kemudian diraikan oleh tentera kristian.

keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di sepanyol tetapi diserata dunia.
yang menyedihkan, org2 islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan APRIL FOOL Day tnpa menyedari mereka sebenar nya meraykan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seislam mereka sendiri. semoga allah sentiasa 
menbuka pntu taubat untuk kita.........

RENUNG-RENUNGKAN LAH