Sejak Kementerian Kesihatan mencetuskan isu pengharaman botol susu bayi yang mengandungi BPA, masyarakat mula panik dan menjadi kelam-kabut seketika, terutamanya ibu bapa yang bergantung kepada penggunaan botol susu kepada anak mereka. Selepas pengumuman itu dibuat, bahagian botol bayi di pasar raya-pasar raya mula menjadi perhatian mereka. Masing-masing risau dan mula mencari jenis botol yang dimaksudkan, mahupun alternatif kepada botol BPA.
Menegaskan lagi keprihatinan kerajaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:
“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.”
Ramai orang mula mempersoalkan, mengapa mesti dilaksanakan pada 2012? Mengapa tidak dilaksanakan terus secara serius. Sekiranya benar ‘Kementerian tidak akan berkompromi…’ mengapa perkara penting begini masih perlu ditangguh? Kata beliau lagi:
“Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.”
Ramai pihak menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji semula tempoh penangguhan itu, termasuk Pengarang Berita Harian.
“Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa. Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri. Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius.”
Sebagai orang biasa, yang ‘tidak mempunyai kuasa’, apa pula tindakan kita? Adakah terus pasrah dengan botol yang ada, kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet bulanan yang sentiasa mendesak? Bagaimana pula dengan soal risiko kesihatan anak, waris generasi kita pada masa hadapan? Bukankah kita mempunyai ‘kuasa pembeli’?
Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.
Botol susu yang mengandungi BPA:
1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam ‘wagon’
5. Tiada label ‘BPA FREE’ pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat ‘nombor 7′ dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam ‘wagon’
5. Tiada label ‘BPA FREE’ pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat ‘nombor 7′ dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.
Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:
Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas ‘bahan makanan’ manusia.
Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan ‘BPA Free’, tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.
Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan ’sarang’ telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!
Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan ‘pakai buang’. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.
Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai ‘Plastik Beracun’ kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.
Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.
Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:
1. Terdapat label pembungkusan ‘BPA Free’
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free
Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. Boleh baca di sini.
Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.
Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)
Tahukah anda apa maksud lambang segitiga di bawah botol plastik? Ramai yang beranggapan lambang segitiga di bawah botol plastik bermaksud recycle. Sebenarnya anda salah. Lambang segitiga di bawah botol plastik tidak membawa maksud recycle semata-mata kerana ada nombor di dalamnya. Nombor di dalam segitiga itu yang membawa maksud yang boleh membawa maut kepada anda.
Pasti anda pernah ternampak gambar segitiga di atas pada botol plastik yang anda guna. Pernah tak anda minum air di dalam botol plastik dan anda rasa air itu seperti plastik?! Sebenarnya anda memang sedang meminum plastik!! Bahan kimia yang terdapat botol tersebut boleh terhakis dan melarut di dalam air jika di gunakan banyak kali. Dan botol bertanda 3, 6 dan 7 adalah paling berbahaya!! Jangan gunakan botol bernombor ini lebih dari sekali jika anda ingin hidup lama!
Bahan yang di gunakan membuat botol mengikut nombor.
Pasti anda pernah ternampak gambar segitiga di atas pada botol plastik yang anda guna. Pernah tak anda minum air di dalam botol plastik dan anda rasa air itu seperti plastik?! Sebenarnya anda memang sedang meminum plastik!! Bahan kimia yang terdapat botol tersebut boleh terhakis dan melarut di dalam air jika di gunakan banyak kali. Dan botol bertanda 3, 6 dan 7 adalah paling berbahaya!! Jangan gunakan botol bernombor ini lebih dari sekali jika anda ingin hidup lama!
Bahan yang di gunakan membuat botol mengikut nombor.
Selamat membaca......
wah, botol susu dh isunyer...hehehe
ReplyDeletehahahah...jgn salah pham la en noden...juz tuk ibu2 n abg2 n kakak2...hahaha :)
ReplyDelete