Saturday, August 11, 2012

"Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainye"

Assalamualikum........

Alhamdulillah syukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada hambaMu ini untuk menikmati hari ke 23 ramadhan.. Ramadhan dah semakin dekat untuk meninggalkan kita semua marilah kita sama-sama menikmati saat terakhir ini dengan perbanyakkan amal kepada yang SATU... Kerana hanya bulan ini sahajalah kita dapat banyak pahala dengan apa yang kita lakukan dengan ikhlas..

Betapa hebatnya bulan ini... Aku bersyukur kepada Mu kerana masih memberi peluang kepada aku untuk mencari malam lailatul qadar pada malam-malam terakhir ramahdan ini... Sayu juga untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan barakah ini.... Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang hebat nanti... InsyaAllah...

Sama-sama lah kita mencari dan merebut malam lailatul qadar ini pada malam terakhir ini... Semoga dapat mengampunan dari NYA... Kita hanya manusia biasa yang tidak pernah perfect dan tidak ada juga melakukan kesalahan yang mana kita tidak nampak dengan mata kasar kita... Sebab itulah kita harus memohon keampunan sementara masih ada kesempatan untuk kita berbuat demikian... Bersederhanalah kita dalam semua hal... InsyaAllah akan mendapat keberkatan dari NYA....


-shazwani-

Monday, August 6, 2012

"mencari malam lailatulqadar"

assalamualaikum............







Mencari malam lailatulqadar menjadi satu idaman setiap umat islam di bulan yang baik ini iaitu bulan ramadhan yang hanya datang 1 kali sahaja dalam satu tahun... Dengan itu berebut-rebutlah umat islam ingin mencari malam tersebut untuk berdoa ampun kan dosa-dosa yang lampau.. Termasuk aku salah seorang yang ingin berjumpa dengan malam yang indah itu.... Semoga diberi kesempatan kepada aku untuk aku berjumpa dengan malam tersebut..... Walaupun malam lailatulqadar tidak pernah kita tahu bila dia berlaku... ada yang mengatakan malam tersebut akan tiba bila 10 malam terakhir pada bulan ramahdan ini... Jom la sama-sama kita menghayati dan mencari malam yang penuh dengan keampunan itu....



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.