Friday, September 7, 2012

"Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah"

Assalamualaikum.......

Bissmillahirahmanirahim......

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada NYA. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"




1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang bail untuk perempuan yang baik begitu lah sebalinya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 


Wednesday, September 5, 2012

"Engkau yang Masih menjadi Rahsia ILLAIROBBI..."

Assalamualaikum.......

Bissmillahirahmanirahim...........






"Duhai, engkau yang masih menjadi rahsia ILLAIROBBI......."

Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu.. Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasa lebih baik...

Kadang aku tertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku, bagian terapan diriku...
Namun kini aku tahu jawabnya,Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali menginganti-Nya. Ujian demi ujian insyallah membuat lebih tangguh sehingga saat kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu...

"Duhai engkau yang masih menjadi rahsia ILLAIROBBI...."

Entah dimana dirimu kini, tapi aku yakin Allah mencintaimu seagaimana Dia mencintaiku, aku yakin dia tengah melatihmu menjadi mujahid yang tanggunh hingga aku pun bangga memiliki kelak...

Apa yang aku harapkan darimu adalah kesolehan.. Semoga sama halnya dengan dirimu kerana apabila kecantikan kau harapkan dariku hanya kesia-siaan yang akan kau dapat...

Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal yang ada saat ini, ku harap menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah SWT dan juga dirimu calon suamiku....

"Duhai engkau yang masih menjadi rahsia ILLAIROBBI...."

saat aku menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak alin doaku agar aku menjadi ank yang solehah, agar dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak...

Nmaun nnti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendampingmu yang solehah, agar disyurga cukup aku yang akan menjadi bidadarimu....

bersabarlah duhai engkau calon suamiku.....
Doaku selalu agar ALLAH memudahlan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu...
Semoga ALLAH selalu menjagamu, agar tak tersentuh yang bujan mahrammu, meski hanya sehujung kuku..


~Strawberry~




"mengukir DZIKIR demi CINTA"

assalamualaikum.........

Bismillahirahmanirahim.............









...Mengukir DZIKIR Demi CINTA....

Bismillah.... Hari demi hari, kurangkai bibir tak hanya di bibir, tapi juga di hati.. Meski kutahu, mungkin tak utuh sepanjang waktu, kerana rapuhku... Padahal semestinya dzikir tak pernah terusir, bahkan di saat fikir dan ikhtiar menjalankan tugasnya, dari awl hingga akhir....

Saat tubuh merebah.. baru CINTA menumbuh.. Tersadar akan dosa kecil dan besar, dosa yang nyata dan tersamar.. Entah kenapa harus demikian....

... Kenapa harus disedarkan dengan teguran... Padahal tak semestinya menunggu nikmat sihat diangkat, lalu saat sakit baru CINTA kembali bertaut....

Tapi inilah aku, perempuan yang baru mengeja CINTA.. mencubanya menjadi biasa, namun seringkali kembali terlena oleh dunia... dan CINTA pun kembali sulit terasa....

Benar kiranya bahawa meski di sirami air tujuh samudera.. bahkan di cucuri air hujan dari tujuh langit pun... 
CINTA tak akan tumbuh, jika hati tetap dinahkodai kehendak buta....

...Tak kan tumbuh jika hati dikunci dengan gelimang dosa... Tak kan tumbuh jika hati di basuh nafsu selalu, diselimuti keangkuhan wujud pengusiran jati diri penghambaan.. tak kan tumbuh.. tak kan...

Maka aku bahagia jika air mata berlinangan saat mensyukuri nikmat-Mu.. Bukankah air mata ini adalah tanda CINTA... Aku bahagia jika air mata berlinangan saat teringat dosa dan memohon ampun Kepada-mu... Bukankah ini juga sedikit tanda CINTA...

Maka, jangan biarkan hatiku beku tanpa CINTA.. Hingga tak ada lagi air mata, yang bisa menjaga anggota tubuh yang terbasuh... haram terjilat api neraka....

...... Astagfirullah.....

~Strawberry~

Saturday, August 11, 2012

"Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainye"

Assalamualikum........

Alhamdulillah syukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada hambaMu ini untuk menikmati hari ke 23 ramadhan.. Ramadhan dah semakin dekat untuk meninggalkan kita semua marilah kita sama-sama menikmati saat terakhir ini dengan perbanyakkan amal kepada yang SATU... Kerana hanya bulan ini sahajalah kita dapat banyak pahala dengan apa yang kita lakukan dengan ikhlas..

Betapa hebatnya bulan ini... Aku bersyukur kepada Mu kerana masih memberi peluang kepada aku untuk mencari malam lailatul qadar pada malam-malam terakhir ramahdan ini... Sayu juga untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan barakah ini.... Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang hebat nanti... InsyaAllah...

Sama-sama lah kita mencari dan merebut malam lailatul qadar ini pada malam terakhir ini... Semoga dapat mengampunan dari NYA... Kita hanya manusia biasa yang tidak pernah perfect dan tidak ada juga melakukan kesalahan yang mana kita tidak nampak dengan mata kasar kita... Sebab itulah kita harus memohon keampunan sementara masih ada kesempatan untuk kita berbuat demikian... Bersederhanalah kita dalam semua hal... InsyaAllah akan mendapat keberkatan dari NYA....


-shazwani-

Monday, August 6, 2012

"mencari malam lailatulqadar"

assalamualaikum............







Mencari malam lailatulqadar menjadi satu idaman setiap umat islam di bulan yang baik ini iaitu bulan ramadhan yang hanya datang 1 kali sahaja dalam satu tahun... Dengan itu berebut-rebutlah umat islam ingin mencari malam tersebut untuk berdoa ampun kan dosa-dosa yang lampau.. Termasuk aku salah seorang yang ingin berjumpa dengan malam yang indah itu.... Semoga diberi kesempatan kepada aku untuk aku berjumpa dengan malam tersebut..... Walaupun malam lailatulqadar tidak pernah kita tahu bila dia berlaku... ada yang mengatakan malam tersebut akan tiba bila 10 malam terakhir pada bulan ramahdan ini... Jom la sama-sama kita menghayati dan mencari malam yang penuh dengan keampunan itu....



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.



Saturday, July 28, 2012

Istiqarah Dengan Al-Quran dan Tasbih

assalamulaikum..........

salam... pertama kali mendengar istiqarah dengan al quran dan tasbih kan? sebelum ni kita hanya tahu istiqarah dalam sembahyang untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk hidup kita... saya pun baru tahu setelah terbaca satu blog ini... saya ingin berkongsi bersama rakan2...


Tanya: Apakah istikharah dengan menggunakan Al-Qur’an dan Tasbih memiliki bukti-bukti kebenaran yang jelas? Apakah memangnya Al-Qur’an adalah kitab yang diturunkan untuk digunakan sebagai alat meramal? Apakah untaian butir-butir biji tasbih juga dapat menentukan nasib manusia? Mengapa sebagian dari saudara kita yang beriman yang meskipun telah berkonsultasi masih saja belum mendapatkan kepastian untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya lalu akhirnya ia ber-istikharah setelahnya? Apakah hal ini bukan merupakan pertanda akan kurangnya pendidikan dan pengetahuan agama mereka?

Jawab: Mengenai istikharah dengan Al-Qur’an dan tasbih, banyak sekali riwayat-riwayat yang membolehkannya; dan kita tidak menemukan hal-hal lain yang bertentangan dengan sekumpulan riwayat di atas baik yang berupa dalil aqli maupun naqli. Dengan sejenak mengalihkan pandangan dari riwayat-riwayat yang saya maksud, sebenarnya dengan sendirinya kita dapat memahami hakikat dan kriteria istikharah yang sebenarnya. Pada dasarnya ketika seorang manusia menghadapi dua hal yang harus ia lakukan, yakni mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, ia akan memikirkan hal yang terbaik yang harus ia lakukan dan senantiasa mempertimbangkan untung dan rugi keputusan yang akan ia putuskan. Ketika ia mulai menemukan alasan untuk melakukan atau meninggalkan perbuatan yang baginya keduanya membingungkan tentang apakah harus dilakukan ataukah ditinggalkan, maka ia akan berlaku sesuai alasan tersebut. Dan jika sampai saat itu juga ia masih belum menemuakan ide dan keputusan yang tepat, maka ia akan berkonsultasi dengan sesamanya yang kemudian jika dengan jalan ini ia mampu memberikan keputusan untuk melakukan atau meninggalkan pekerjaan tersebut, maka ia akan berlaku sesuai dengan keputusannya. Tetapi jika ia masih saja belum mampu memberikan keputusan yang tepat, dan ia masih berada dalam kebimbangan mengenai apakah ia harus melakukan pekerjaan tersebut ataukah harus meninggalkannya, ia dapat mengambil sebuah Al-Qur’an lalu menghadapkan jiwanya kepada Tuhan kemudian membukanya dan menjadikan kandungan ayat pertaman kali yang ia lihat sebagai pertolongan untuk memberikan keputusan. Dengan demikian ia dapat berlaku sesuai dengan kandungan ayat yang ia dapatkan. Yakni, dengan berserah diri kepada Tuhan, ia menjadikan ayat dan tanda kebesaran-Nya sebagai penolong kemudian ia memberikan keputusan bagi diri sendiri dengan bantuan ayat tersebut untuk melakukan atau meninggalkan sebuah pekerjaan yang sebenarnya ia boleh mengerjakannya dan boleh juga meninggalkannya. Dan perbuatan yang merupakan salah satu bentuk tawakal kepada Tuhan ini bukan perbuatan syirik dan bukan perbuatan yang merugikan agama, dan juga bukan perbuatan yang telah mengharamkan apa-apa yang halal dan mengalalkan apa-apa yang haram; entah dilakukan dengan Al-Qur’an, tasbih, atau benda-benda lain yang dapat dijadikan perantara untuk mengingat Tuan. Dan hakikatnya, istikharah adalah tawakal kepada Allah Swt dan bukan menjadikan Al-Qur’an atau tasbih sebagai sekutu Tuhan.

Tuesday, July 24, 2012

'MENYINTAI SESEORANG BUKAN BERERTI MEMILKI'

Soal jodoh itu adalah rahsia dan menjadi tanda tanya pada setiap insan yang belum lagi mendirikan rumahtangga.. Dan kadang amat merimaskan apabila soal jodoh itu tidak kunjung tiba bila usia semakin meningkat dan bertambah..Kita begitu yakin dan pasti akan ketemu jodoh pada si dia insan yang kita sayangi.. Kita dan dia saling menyintai dan berjanji sehidup hingga akhir hayat.. Namun sejauh manakah impian itu menjadi kenyataan..Dan bila mana satu situasi kamu bertemu jodoh si dia insan yang kamu langsung tidak cintai dan pada masa yang sama kamu masih mengingati kekasih lama, adalah menjadi satu penyakit yang amat perit..Di setiap jarak perjalanan kehidupan kamu dihiasi dengan kepura puraan dan lakonan hanya untuk menutup dari mata menjeling pandang.. Kepura puraan itu semakin hari semakin menjadi kebiasaan dan seolah itulah yang sebenarnya yang ditonjol..Ketemui jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan, tapi menyintai siapa jodohmu adalah kewajipan.. Dan bercerita tentang cinta dengan bukan hak, seharusnya punyai hati untuk menilai erti cinta.. Jadilah insan yang bermaruah dan punyai harga diri, sayangilah dia yang wajib kamu cintai.."Jika kamu tidak dapat apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu dapat"Kita mungkin ketemu jodoh dengan insan yang kita cintai, namun menyintai insan yang menjadi jodoh kita adalah pasti.. Kerana bisikan bisikan yang memberi dorongan nafsu, kita menyimpang siapa yang seharusnya menjadi kewajipan untuk kita serahkan cinta..Jangan pernah memberikan sebuah harapan pada seseorang sedangkan kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan padanya.. Jika tiada rasa akan cinta, lepaskan perlahan lahan dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.. Kamu tidak pernah tahu apa perbalasan terhadap kamu suatu hari nanti..Sekejap cuma kenangan kita, namun menghiasi setiap perjalanan hidupku kini..Kita bertemu untuk mengenal ertinya cinta.. Memberi aku pengertian kasih yang bersemi.. Walau sedetik cuma, bahagia itu aku masih terasa.. Namun, kita bertemu hanya untuk bercinta tapi bukan untuk bersama.. Mengajar aku derita merindui.. Memberi aku kesan yang berbekas dan aku dapat rasakan hingga aku mati mungkin..Aku dan kamu pernah mengecapi bahagia dahulu.. Impian kita untuk bersama sama, namun tiada jodoh antara kita.. Aku dan kamu pernah mencapai nikmat cinta dahulu, namun kini aku dan kamu tidak mungkin lagi akan bersatu..Ada sesuatu yang kamu tinggalkan antara kita.. Kamu tinggalkan rasa rindu.. Kamu tinggalkan rasa cinta.. Kamu tanamkan kasih dan sayang.. Hingga membuatkan aku amat payah membuang semua rasa ini, untuk menyintai dia yang lebih layak.. Kerana kamu..Ku cuba untuk berubah menyintai dia insan yang halal padaku, tapi semakin kuat aku cuba.. Semakin kuat pula kenangan cinta kita.. Kita tidak mungkin dapat bersama, kerana aku punyai dia, dan kamu punyai dia..Aku ingin kamu tahu.. Aku mahu kamu mengerti.. Pemergianmu meninggalkan cinta kita, sungguh memberi sakit yang amat pedih.. Aku mahu kamu tahu, bahagia itu tiada pada aku dan dia.. Pulanglah~***Entry yang amat berat, kisah cinta di mana satu situasi sebuah perkahwinan yang tidak bahagia.. Kerana mungkin masih menyimpan rasa cinta pada kekasih lama hingga langsung tidak memberi ruang pada pemilik cinta yang halal.. Entry cinta selepas kahwin, di mana tentang menyintai dia insan yang bukan halal pada hubungan sedangkan hak itu langsung tiada punyai rasa..