Thursday, September 29, 2011

"ikut sunnah Nabi"


assalamualaikum.....................
jom la same2 kita baca sedikit info dibawah ni......



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

credit to the uploader
Sampaikan walau hanya 1 ayat...




Monday, September 26, 2011

"8 tip memikat wanita"






  • TIP 1 – Confident – Confident yang Bro Razzi maksudkan di sini adalah lebih kepada BERANI. Tidak takut pada cabaran atau kegagalan. Especially, first time berkenalan…WAJAH kena cool dan relax. Jangan takut-takut atau segan, “Err…eh..err..Hi, saya…saya… Azman huhuhu” itu FAILED!! – First, KOSONG kan jiwa anda yang asyik fikir nak memikat tu… dan anggap, gagal ke, dia tak layan ke, NO HAL! – Okay, now…kenalkan diri dengan tenang dan suara yang jelas, “Hi, saya Azman” – practice selalu…dengan ramai girls, soon anda akan penuh dengan keyakinan diri.

  • TIP 2 – Secret admirer : Untuk lelaki pemalu dan segan sangat untuk mendekati wanita. So langkah pertama adalah menjadi PEMINAT no 1 dia secara rahsia. Kena relax dan Slowly kenal dia, follow daily status dia. Cuba ketahui apa yang dia suka dan tak suka dulu. Kemudian, cuba hubungi melalui sms, message atau Jika anda ada email dia… anda bolehlah emailkan lirik lagu bersama lagu kepadanya. JANGAN tulis bunga-bunga, jiwang-jiwang atau hantar lirik sedih pulak beb…Kalau boleh lirik yang memberi semangat. Akhirkan email anda dengan, daripada, ‘Secret Admirer’ – So that cover part being romantic… kan ramai komen semalam suka lelaki romantik.

  • TIP 3 – Perhatian : Wanita sukakan perhatian, so give her that! TAPI JANGAN OVER DO IT! Nanti wanita akan rasa anda macam DESPERADO – Selalu bersama wanita dan cuba penuhi apa yang diingini, dahulukan apa yang diidamkan, buatkan wanita merasa diri mereka penting, dihargai dan amat diperlukan. Tetapi dalam masa yang sama, anda juga kena buatkan anda masih ada tanggungjawab terhadap orang lain dan perlu juga memberi perhatian pada kerja, keluarga dan kawan-kawan. Ini akan membuat wanita merasa inginkan LEBIH perhatian dari anda, nak lagi, lagi dan lagi hehehe…

  • TIP 4 – Good Story : Wanita suka sesiapa saja yang pandai bercerita. Bro Razzi tidak pernah gagal jika I mulakan dengan, “Eh nak dengar cerita tak?” hehehe.. sure semua girls yang ada kat situ akan terus saja ternanti-nanti cerita yang I nak cerita. Tapi cerita anda kena interesting laaa… pendek dan padat serta ada info yang sangat menarik. Cerita yang kelakar pasti dapat memikat wanita punya. So, belajar kat internet. Banyak cerita yang best-best. Then berlatih bercerita seorang diri di depan cermin… lihat diri anda sendiri dan create the best of you!

  • TIP 5 – Jadi Penghibur : Lelaki penghibur tidak pernah gagal memikat wanita! I know a friend, nama dia Nadzmi, rupa dia biasa saja… body, kurus kering hehe… orang gelar dia gajah walau kurus, coz telinga dia besar boleh kipas-kipas. Not me la… I tak suka gelarkan orang. So Nadzmi ni cukup baik dengan I, very closed laa… RAMAI girls cepat rapat dengan dia daripada I, kerana dia suka menghibur, suka buat lawak, suka buat muka kelakar, tiba-tiba je dia boleh tiru suara orang, funny sangat PLUS dia selit-selit selamba mengorat. Kalau duduk dengan dia memang tak kering gusi lah. Tapi yang best nya, dia buat sikit-sikit je, so all this girls, asyik kata… “Buat lagi-buat lagi…”

  • TIP 6 – Menyakat : Tidak semua wanita suka disakat atau kena mengata la kan. BUT jika dibuat secara bergurau dan sakat sikit-sikit, buat dia rasa malu sikit ianya akan menarik minat wanita itu untuk jadi rapat dengan anda. Prihatin terhadap apa yang boleh buat dia malu…dan sakat la dia sikit-sikit, provoke dia just a little bit, kemudian pujuk la balik. AGAIN, don’t over do it.

  • TIP 7 – Mendengar : Wanita suka lelaki yang dengar apa yang mereka mahu TANPA mereka memberitahu. So cara untuk anda dengar adalah dengan FOKUS pada reaksi wajah wanita itu. Sebelum anda berkenalan dengan  rapat, cuba fahami wajahnya. Reaksi mukanya. Dari situ, anda akan boleh mula mengambil berat tentangnya. Especially apabila dia menghadapi masalah, tanya dia... “Are you okay?” – Satu soalan yang tidak pernah gagal memikat wanita. The next step dia akan cakap, “I’m fine, tak da apa-apa” …you must ask, “Are you sure… ada apa-apa yang boleh I bantu” – Itu dah cover part 'CARING' jadi, a good listener to her problems, do that dan anda akan mudah rapat dengannya!

  • TIP 8 -  Bertindak sekarang! : Jika mahukan wanita, bertindak sekarang. Jangan fikir itu dan ini… First survey, perhati, take note…and JUST DO IT! Jika anda inginkan seseorang, anda kena TAKE ACTION untuk memilikinya. Jika kemudian tu anda gagal memilikinya, it’s okay… just go to the next one. Jangan buang masa berfikir, “Dia nak kat aku ke tak? Dia layan aku ke tak ni?” – akhirnya anda hanya membiarkan dia berlalu, orang lain yang dapat! Bertindak sekarang! jangan jadi penonton bola, jadi pemain...Approach... call, contact, Just do it!
akhir advise from me...

Kekayaan adalah satu bonus untuk membuat wanita terpikat pada anda, NAMUN ianya bukan yang utama. Ramai wanita yang berkahwin dengan orang kaya, tak bahagia pun. Merana lagi ada… Yang penting adalah personaliti kita!

Memikat cinta adalah bermula dari dalam diri anda. Mula menjaga keperibadian anda… berubah menjadi seorang yang berpakaian bersih, kemas dan rapi. Jaga nafas agar sentiasa segar dan tidak berbau. Hormati sesama insan dan selalu mengambil berat dan memberi semangat kepada semua orang di sekeliling anda. Bantu mereka yang memerlukan pertolongan… That's all it takes! Penjagaan dan perubahan semua ini, sudah cukup untuk anda memikat sesiapa saja tanpa anda memulakan langkah yang pertama.

Thursday, September 22, 2011

"jika benar kau kasih dan cinta wanita itu"

assalamualaikum.........


jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu:




•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucap terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya
✿..moga dia menunggumu di SYURGA sbg bidadarimu..amiin. barakallah ♥




Wednesday, September 21, 2011

"Perempuan Berkalung Sorban"



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Monday, September 19, 2011

FYP

assalamualaikum..........

n3 kali ni aku nak cite pasal aku punye projek taun akhir aku iaitu psm atau dalam bahasa english lak fyp.
errrmmmm....minggu pertma seblum2 ni betapa mls ye nak pg ke kampus lpas cuti sem tp kali ni
aku ngan kwn2 berkobar2 nak g ke kampus kerana tjuk psm punya pasal..hehehe...
pg je kampus minggu pertma ramai dak2 taun akhir membanjiri lobby fke n bilik lecture 
tuk dpatkan tjuk psm yg sesuai ngan major masing2...
aku salah seorg yg sibuk mencari tjuk n lec tuk menjadi supervisor aku 
dlam menjayakan aku punya psm...
cari punya cari aku akhir ye aku dpat tjuk tuk aku menjayakan psm aku..
tjuk psm aku berkenaan electrik motor efficiency....tjuk ni berkaitan dengan case 
study n software matlab.....harap2 la aku dapat menjayakan projek aku ni...
aku dah cari maklumat tentang tajuk aku ni tp xberapa faham lg...
insyaallah dengan tunjuk ajar dari supervisor dapat meringankan beban ckit....
pe2 pun gud luck kpd semu kwn seperjuangan dlam menjayakan psm masing2....
cayok2222........... :)




Monday, August 1, 2011

kenangan ku besama rakan di TNB

assalamualaikum.........................

pada tanggal 29 julai adalah tarikah keramat buat teman seperjuangan aku iaitu tamat la sudah latihan industri yg aku jalani selama 3 bulan....alhamdullilah selamat abiskan selama 3 bulan menjadi warga TNB yg x diiktiraf..hehehe...byk pengalaman yg aku dpat duk kat TNB ni mcm2 dpt tau...dari xth dari mane dtg ye karen smpai la aku th dari mane karen yg aku guna selama ni dtg..heheh..seronok belaja karen ni sebenar ye...10s alot buat pekerja2 TNB yg x kedekut dengan ilmu tuk ditunjuk ajarkan..and 10s alot buat sahabat seperjuangan yg buat latihan industri bersama2 kenangan bersama kalian amat dirindui...selama berada di TNB jgk la berangan tuk bekerja di TNB mcm bes je..hehehe...kalu ada rezeki la... :)

kepada teman2 ku sayyidi,salma,ezuan,bery n sa korg la the bes dekat TNB...xkan lupa time lepak2 tp longkang pagi2 bersama2 korg semu..hehehehe....dan xkan lupa kan 1ari bersama korg di pantai teluk ketapang smbut besday boy syyidi..hehehe....xdpt nak g berenang kat ter..semu kecewa terutama bery yg terlalu kecewa...xdpt nak berenang..hehehe...sempat bergmabar dkat ter pun jadilah....


dah xth nak g mane kitaorg pun g la lepak kat gaint...berkarok ramai2..hehehe....semu berebut tuk tunjuk bakat masing2..hehehejom tgk sape yg semangat....hehhe


semangat sa n salma berkarok...hehehe...dengan bantuan ezuan dlam pemilihan lagu...hehehe

sambil disaksikan oleh bery n sayyidi....hehehe


korg memang bes la....seronok sama nagn korg 1 ari...lps dah puas karok kitaorg pg main game lak...dah penat kitaorg belanja besday boy pizza....

berjamu selera dkat pntai teluk ketapang...ni la dia besday boy kita.....


msg2 kenyang dengan pizza masing2....dah kenyang kitaorg konvai ramai2 balik ke TNB..rupanya pada ari ni kitaorg ponteng,,hheheheh,,tp pe2 pun u all the best....n pas ni selamat berjuang dalam pelajaran yg tinggal lagi 1 year tuk kita grad......smapai disini dula la...


wassalam...........................

Monday, July 25, 2011

selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak

assalamualaikum.......

first sekali ana nak ucapkan selamat datang la...hehehe.. dah lama x updates blog ni...
tidak lama lg kita akan menyambut bulan yg penuh dengan keberkatan...xsampai sebulan lg dah kita nak smbut bulan 2...dengan itu mari la sama2 kita byk2 kan amal pada bulan yg baik ni...JOM2.....hehheh..kali ni masuk taun ke2 ana menyambut bulan yg mulia ni tnpa ibu tersayang..ana redha semu nye...bulan pose taun ni dapat berpuasa kg halaman...ada best ckit la..hehehe..yg sebelum ni smbut bulan pose kat perantauan..(mcm la duk jauh sgt kan)hahaha duk melaka je kut..hhehehe...tp tetap ada beza nye..jom kita selongkar bulan yg baik ni...



Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam