Monday, September 17, 2012

Juzuk Amma

Assalamualaikum........

Bismillahirahmanirahim...............

Alhamdulillah masih diberi peluang lagi pada saya untuk menghirup udara Mu yang segar di atas muka bumi yang sementara untuk saya mencari redha MU dan masih lagi berpeluang menulis di blog ini.... Story kali ini saya ingin bercerita mengenai "Juz Amma"... Apa itu Juz Amma? Juz Amma adalah juz yang ke 30 dan yang terakhir dari kitab suci al Quran mengandungi 37 surah.. Surah-surah yang berada dalam juz Amma ini adalah surah yang sering kita baca dan hafal.. Adalah kita tahu surah-surah tersebut berada dalam juz apa? Surah-surah yang kita sering hafal dan menjadi rutin harian kita dalam sembahyang juga itu adalah surah An-Naba' hinggalah surah An-Naas... Ok dibawah ini serba sedikit info tentang juz Amma.... Selamat Membaca dan mentafsir.....


juz ‘Amma merupakan juz dengan jumlah surat terbanyak. Di dalamnya terdapat 37 surat. Dimulai dengan surat an-Naba’ dan di-akhiri dengan surat an-Naas. Sebagian besar dari surat-surat tersebut, yaitu sebanyak 34 surat, merupakan surat Makkiyyah, yaitu surat yang turun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Sedang tiga surat selebihnya, yakni al-Bayyinah, az-Zalzalah dan an-Nashr merupakan surat Madaniyyah, yaitu surat yang turun setelah Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam hijrah ke Madinah.
Ciri khas surat-surat Makkiyyah di antaranya adalah, ayatnya pendek-pendek, susunan kalimatnya sangat indah dan menyentuh, bersastra tinggi dan penuh dengan argumen kuat tak terbantahkan yang meruntuhkan paradigma dan keyakinan kaum musyrikin. Seba-gian besar bahasannya mengingatkan manusia akan kekuasaan Allah Ta’ala di alam semesta, kehidupan akhirat, perjumpaan dengan Allah dan hari Pembalasan. Semua itu tertuang dalam ayat-ayat pendek, dengan bahasa yang begitu indah dan sangat menyentuh.
Di samping itu di dalam Juz ‘Amma terdapat banyak surat yang memiliki keutamaan. Di antaranya adalah surat al-Ikhlash, al-Falaq, an-Naas dan lam-lain. Tentang surat al-Ikhlas misalnya, Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam bersabda:
“Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, sesungguhnya (surat al-Ikhlash) itu sebanding dengan sepertiga al-Qur’an.” (HR. Al-Bukhari).
Dan masih banyak lagi keutamaan-keutamaan lain berkaitan dengan surat-surat dalam Juz ‘Amma.
Pertanyaannya adalah, pernahkah terpikirkan oleh kita untuk mencari tahu makna dan kandungan yang terdapat di dalam surat-surat yang tidak asing lagi di telinga kita tersebut? Di dalamnya terdapat banyak rahasia penting dan sangat berharga yang dapat kita raup darinya, lebih dari hanya sekedar kita baca atau kita dengar. Intri sebelum ini adalah terdiri daripada surah surah jua ‘amma.
Wassalam....

Sunday, September 9, 2012

"My Husband is Ustaz"

Assalamualaikum.......

"My Husband is Ustaz"...........

Cam best Je dengar kan... Hehehe...... Tp bukan la husband aku yang ustaz... Ini adalah satu tajuk novel terbaru aku baca... Tajuk dia yang sebenarnya adalah "SUAMI AKU USTAZ".... Boleh dikatakan best jugak la cite ni bg orang yang memang hobi dia baca novel la.... Cite ni mengisahkan seorng pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM yang mane di arahkan bukan dipaksa ok berkahwin dengan ustaz yang mengajar di sekolahnya meranggap juga abg sepupu dia.... alasan ibu bapa gadis tersebut adalah kerana tiada siapa ynag nak menjaga dia semasa pemergian ayah dan ibu nya ke mekkah.... akhirnya bersetuju berkahwin dengan ustaz ye... smpaikan di kelas nya di perli oleh ustaz merangkap suaminya kerana keslahan yang dia cipta sendiri... Akhirnya cinta Alisa hanya untuk ustaz ye sahaja..... dengan itu aku dpat katakan bahawa cinta selepas kawen amat sweet..... ok jom la aku bg sedikit sinopsis ye... Yang td 2 sinopsis aku je.... Hehehehe,....

Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila! ~Alisa~ 

Alisa watak utama dalam cerita ini...

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia apa lagi ayng boleh dibuat?

"Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekkah"

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila"TIDAK" bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.

Tapi macam mana pula cita-cita dia?
"Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan hansome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah  tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk 'Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia ada rupa, ya tak?

Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula" macam mane agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema?
Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir hinggalah besar?

"Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahu kan cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ini sebenarnya hidup baru bermula. Mane nak belaja, nak keje. Aku harap, everything is going to be well"

Alisa. Cita-citanay setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Selamat membaca...................

Friday, September 7, 2012

"Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah"

Assalamualaikum.......

Bissmillahirahmanirahim......

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada NYA. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"




1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang bail untuk perempuan yang baik begitu lah sebalinya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 


Wednesday, September 5, 2012

"Engkau yang Masih menjadi Rahsia ILLAIROBBI..."

Assalamualaikum.......

Bissmillahirahmanirahim...........






"Duhai, engkau yang masih menjadi rahsia ILLAIROBBI......."

Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu.. Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasa lebih baik...

Kadang aku tertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku, bagian terapan diriku...
Namun kini aku tahu jawabnya,Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali menginganti-Nya. Ujian demi ujian insyallah membuat lebih tangguh sehingga saat kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu...

"Duhai engkau yang masih menjadi rahsia ILLAIROBBI...."

Entah dimana dirimu kini, tapi aku yakin Allah mencintaimu seagaimana Dia mencintaiku, aku yakin dia tengah melatihmu menjadi mujahid yang tanggunh hingga aku pun bangga memiliki kelak...

Apa yang aku harapkan darimu adalah kesolehan.. Semoga sama halnya dengan dirimu kerana apabila kecantikan kau harapkan dariku hanya kesia-siaan yang akan kau dapat...

Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal yang ada saat ini, ku harap menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah SWT dan juga dirimu calon suamiku....

"Duhai engkau yang masih menjadi rahsia ILLAIROBBI...."

saat aku menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak alin doaku agar aku menjadi ank yang solehah, agar dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak...

Nmaun nnti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendampingmu yang solehah, agar disyurga cukup aku yang akan menjadi bidadarimu....

bersabarlah duhai engkau calon suamiku.....
Doaku selalu agar ALLAH memudahlan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu...
Semoga ALLAH selalu menjagamu, agar tak tersentuh yang bujan mahrammu, meski hanya sehujung kuku..


~Strawberry~




"mengukir DZIKIR demi CINTA"

assalamualaikum.........

Bismillahirahmanirahim.............









...Mengukir DZIKIR Demi CINTA....

Bismillah.... Hari demi hari, kurangkai bibir tak hanya di bibir, tapi juga di hati.. Meski kutahu, mungkin tak utuh sepanjang waktu, kerana rapuhku... Padahal semestinya dzikir tak pernah terusir, bahkan di saat fikir dan ikhtiar menjalankan tugasnya, dari awl hingga akhir....

Saat tubuh merebah.. baru CINTA menumbuh.. Tersadar akan dosa kecil dan besar, dosa yang nyata dan tersamar.. Entah kenapa harus demikian....

... Kenapa harus disedarkan dengan teguran... Padahal tak semestinya menunggu nikmat sihat diangkat, lalu saat sakit baru CINTA kembali bertaut....

Tapi inilah aku, perempuan yang baru mengeja CINTA.. mencubanya menjadi biasa, namun seringkali kembali terlena oleh dunia... dan CINTA pun kembali sulit terasa....

Benar kiranya bahawa meski di sirami air tujuh samudera.. bahkan di cucuri air hujan dari tujuh langit pun... 
CINTA tak akan tumbuh, jika hati tetap dinahkodai kehendak buta....

...Tak kan tumbuh jika hati dikunci dengan gelimang dosa... Tak kan tumbuh jika hati di basuh nafsu selalu, diselimuti keangkuhan wujud pengusiran jati diri penghambaan.. tak kan tumbuh.. tak kan...

Maka aku bahagia jika air mata berlinangan saat mensyukuri nikmat-Mu.. Bukankah air mata ini adalah tanda CINTA... Aku bahagia jika air mata berlinangan saat teringat dosa dan memohon ampun Kepada-mu... Bukankah ini juga sedikit tanda CINTA...

Maka, jangan biarkan hatiku beku tanpa CINTA.. Hingga tak ada lagi air mata, yang bisa menjaga anggota tubuh yang terbasuh... haram terjilat api neraka....

...... Astagfirullah.....

~Strawberry~