Saturday, December 10, 2011

"pesanan untuk diriku dan juga sekaum dengan ku"



untukmu ratuku....................
ratuku ingin aku lauhkan
apa yang sudah lama ingin aku luahkan
tentang kebimbingan ku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
ratuku
kebimbangan ku ini masih menebal
apabila ku mendengar dengungan
kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu
ratuku kebimbangan ku bertambah lagi
bila ku melihat bunga
yang tidak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya
ratuku aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerna apa yang kulihat
hari ini semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
ratuku 
bukanlah kuharap
kau segigih siti hawa
yang berlari-lari
diantara safa dan marwah
bukan juga 
sesetia ainul mardiah
menanti kekasih dipintu syurga
ratuku
hargailah hakikat yang tersurat
kau bukanlah siti khadijah
mahupun siti fatimah
engkau bukan aishah
bukan juga rabiatul adawiyah
wanita suci terpuji
kerana aku tidajk layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumnya
melawati pintu-pintu syurga
...............................
.......................................




No comments:

Post a Comment